• Bajet 2013 Bajet 2013
1 /

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2013 perlu bermatlamat mengurangkan belanjawan defisit dan hutang negara, kata Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI).
   
Pengerusi Pusat ASLI bagi Pengajian Awam, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata Belanjawan 2013 mesti memberi keutamaan dalam memenuhi keperluan asas golongan miskin dan kumpulan berpendapatan rendah serta meningkatkan standard perolehan dan perbelanjaan negara.
   
Kerajaan mesti mengambil kira mengenai kebimbangan agensi penarafan global, Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa yang semakin meningkat, yang akan memantau rapat bagaimana Malaysia mengurus belanjawannya, katanya.
   
"Kita perlu mengambil kira impak "memberi" dalam kedudukan ekonomi secara menyeluruh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
   
Beliau berkata kerajaan perlu menimbang keperluan untuk mengawal dan meluaskan belanjawan defisit dan beban hutang yang semakin meningkat yang menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi dalam jangka panjang.
   
Sebagai contoh, katanya implikasi jangka panjang belanjawan yang tidak popular dapat menjurus kepada penurunan penarafan kewangan negara oleh agensi-agensi penarafan kredit seperti Fitch dan/atau Standard and Poor, malah IMF, yang akan membawa implikasi yang serius.
   
"Pelabur asing juga mahu memperoleh jaminan bahawa ekonomi akan diurus dengan bak dengan disiplin berhemah," katanya.
   
Navaratnam berkata cukai jualan am boleh diperkenal ke atas barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh orang kaya, sekaligus meningkatkan asas cukai negara.
   
Permit import perlu dimansuhkan, sebaliknya menggunakan kaedah lelong bagi membebaskan pasaran, meningaktan pendapatan dan memperkukuh keyakinan dalam memerangai perlindungan yang merugikan, katanya.
   
Beliau berkata pelepasan cukai untuk kumpulan berpendapatan rendah boleh ditingkatkan tanpa memberi kesan besar ke atas perolehan belanjawan, selari dengan peranan belanjawan iaitu membantu mempromosikan agihan pendapatan yang lebih baik dengan menaikkan pendapatan boleh guna kumpulan itu.
   
"Jurang pendapatan semakin besar dan keajaan perlu menangani masalah ini dengan lebih berhati-hati sebelum ia menimbulkan masalah soasial seperti di negara yang masyarakatanya tidak stabil.
   
Navaratnam berkata perbelanjaan pembangunan boleh dikurangkan atau dipelahankan bagi projek kurang penting, tidak segera yang boleh dilaksanakan secara berpingkat-peringkat dalam tempoh masa yang lebih lama, bagi menjaga kewibawaan belanjawan.
   
"Belanjawan akhirnya akan menjadikan kita gembira dan pada masa yang sama meneruskan kestabilan sosiaekonomi dan kemakmuran pada asas yang lebih panjangdan berkekalan," katanya. - Bernama