KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, asas kukuh yang dilaksanakan oleh kerajaan telah membantu merangsang ekonomi negara berkembang pada kadar 5.6 peratus bagi suku pertama tahun ini.

"Alhamdulillah, hasil asas kukuh yang telah kita laksanakan, ekonomi negara berkembang pada kadar memberangsangkan 5.6 peratus buat suku pertama tahun ini.

"Walaupun begitu, kita tidak akan leka sebaliknya terus berusaha pastikan ekonomi negara terus berkembang maju dari masa ke masa," katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitter dan Facebook beliau, malam ini.

Terdahulu hari ini, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Muhammad Ibrahim semasa mengumumkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama tahun ini  berkata pertumbuhan bagi suku tersebut adalah yang terbaik sejak suku yang sama pada 2015, yang menyaksikan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.8 peratus.

Pada suku pertama tahun ini,  permintaan domestik meningkat kepada 7.7 peratus, disokong oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan swasta, yang tumbuh 8.2 peratus serta pemulihan perbelanjaan sektor awam.

Penggunaan swasta meningkat 6.6 peratus manakala pelaburan meningkat ketara sebanyak 12.9 peratus, diikuti perbelanjaan modal  dalam sektor perkhidmatan dan pengilangan.

Pelaburan dalam peralatan dan mesin juga tinggi pada suku tersebut disokong oleh pelaksanaan beberapa projek berskala besar dalam sektor perkilangan. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LANGKAWI - Status Langkawi sebagai pulau bebas cukai akan tetap dikekalkan selagi kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) sekarang terus memerintah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
  • GEORGETOWN - Kerajaan komited dan akan terus memberikan tumpuan dalam menyediakan lebih banyak rumah mampu milik khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
  • SEPANG - Muhammad Shahmeer Mohd Nashrul tidak percaya dan terkejut apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan tahniah kepadanya kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam pertandingan “16th Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students”, yang berlangsung pada 12 Ogos lepas.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memuji pelaksanaan sistem e-Reporting yang dibangunkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi memudahkan rakyat berurusan dengan mereka.
  • PUTRAJAYA - Hujan renyai sejak pukul 7 malam tidak menghalang lebih 10,000 umat Islam berkumpul di Dataran Putra, di sini, untuk bersama-sama Perdana Menteri pada majlis 'Doa untuk Malaysia' sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.