KUALA LUMPUR - Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak yang didakwanya telah mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan dengan homoseksual.

Anwar memfailkan saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui firma guaman tetuan Daim & Gamany.

Plaintif menuntut gantirugi RM50 juta, gantirugi teruk, gantirugi teladan serta relif-relif lain yang disifatkan sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah.

Beliau juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan mana-mana perkataan yang memfitnah plaintif.

Dalam penyataan tuntutannya, Anwar mendakwa suratkhabar berkenaan telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan mukasurat 10 akhbar berkenaan
bertarikh 17 Jan tahun ini yang seolah-olah telah memberikan gambaran bahawa beliau adalah seorang pemimpin muslim yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam.

Anwar menjelaskan perkataan-perkataan yang diterbitkan tersebut yang berasaskan temuramah bersama BBC itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan
dengan niat jahat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi untuk menjalani pemeriksaan berjadual, kata Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain.
  • KUALA LUMPUR - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa bahawa surat saman Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kepadanya masih belum tiba.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 26 Oktober‎ untuk membuat keputusan mengenai permohonan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • KUALA LUMPUR - Menggamit semula memori ketika papanya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ditangkap pada 20 September 1998 di rumah mereka, puteri keempat Anwar, Nurul Ilham menceritakan bagaimana dia sering tertinggal tatkala kejadian penting berlaku ke atas ayahnya itu.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merancang untuk menggulingkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1998.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.