SHAH ALAM - Naib Ketua AMK Malaysia, Mohd Radzlan Jalaludin menyatakan bahawa anak muda hari ini terguris poket kerana kos sara hidup yang tinggi.

Beliau berkata demikian selepas menjawab dakwaan apabila PKR dan parti pembangkang memperlekeh anak muda yang menyokong Umno dan pemimpinnya.

“Bagi saya perkara itu juga pernah dilakukan oleh pemimpin Umno terhadap anak muda yang memberi sokongan terhadap kami (Pakatan Harapan).

“Kami di sini bukan sahaja terguris hati, tapi juga terguris poket. Anak muda hari ini bukan terguris hati, tapi terguris poket dengan kos sara hidup yang tinggi, GST, harga minyak, kesusahan dapat kerja, pengangguran dan pebagai himpitan hidup,” katanya  ketika dalam wancana Sinar Harian Siri 45 bertajuk Perjuangan Atau Populariti yang berlangsung di Auditorium Kompleks Media Karangkraf, hari ini.

Beliau berkata, jadi itu yang kami mohon untuk anak muda buka minda, buka mata melihat hari ini Selangor yang ditadbir baik.

Katanya, lebihan wang hampir RM4 billion adalah kerana tiada ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Jika ada ketirisan, penipuan dan rasuah mana mungkin ada lebihan wang ini.

“Malah, lebihan wang ini adalah disalurkan semula kepada rakyat,” katanya.

Mengulas tentang perjuangan dalam politik, Radzlan menjelaskan, perjuangan perlu mempunyai adab, adat dan bermaruah.

Jelasnya, manusia yang menghabiskan masa untuk membuat plot komplot merompak duit rakyat adalah sesuatu yang tidak bermartabat.

“Jadi fikirkan, kita perlu pemerintah yang betul-betul menjaga kebajikan rakyat bukan merompak semula daripada rakyat,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar menyifatkan bahawa penyebab utama berlakunya rasuah dalam negara ini adalah kerana ketiadaan integriti.
  • SHAH ALAM - Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar mencadangkan agar kepimpinan tertinggi negara mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.