Felda
$entry.content.caption.value

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan injunksi sementara melarang Koperasi Permodalan Felda (KPF) melupuskan ekuitinya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH), sebahagian daripada proses penyenaraian di Bursa Malaysia.

Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu petang semalam selepas mendengar saman dalam kamar dikemukakan lapan pemegang saham KPF.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, mesyuarat agung luar biasa (EGM) KPF pada 22 Februari ini boleh diadakan tetapi tidak boleh membincangkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

Beliau menyifatkan perkembangan itu sebagai berita gembira kepada peneroka menghalang penyenaraian FGVH.

"EGM 22 Februari ini boleh diadakan tapi mereka tak boleh bincang tiga perkara yang dipohon itu." kata beliau dipetik Harakahdaily.

Berdasarkan laporan itu, tiga permohonan dibuat oleh plaintif iaitu memohomn satu injunksi interim melarang defendan, KPF sama ada secara sendiri atau perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk berbincang dan membuat sebarang keputusan untuk melupuskan sama ada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holdings Berhad dan 10 anak syarikat kepada Felda Global Ventures Holding Berhad.

Selain itu, plaintif juga memohon satu injunksi interim melarang defenden sama ada secara sendiri atau melalui perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk menguatkuasakan sebarang keputuan untuk melupuskan sama ada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holdings dan 10 anak syarikat milik Felda Holdings kepada FGVH.

Plaintif juga memohon satu injunksi interim melarang defendan sama ada secara sendiri atau melalu perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk melupuskan sama ada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holding dan 10 anak syarikat milik Felda Holdings kepada FGVH.

Sementara itu, peguam Harris Abdullah berkata, jika EGM tersebut tetap membincangkan penyenaraian FGVH, mereka boleh didakwa menghina mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang.

"Kami tak halang mereka buat EGM tapi jangan bincang soal pelupusan ekuiti KPF untuk penyenaraian FGVH.

"Kalau mereka tetap usulkan perkara ini, kita boleh dakwa mereka hina mahkamah dan tindakan undang-undang boleh diambil," kata beliau sambil menambah, "jadi mereka kena patuh pada perintah mahkamah."


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.