PUTRAJAYA - Program satu jam bersama al-Quran, Malaysia #QuranHour hari ini turut dihadiri oleh anak-anak tahfiz dari Darul Quran a-Syarifah.

Pengasasnya, Syarifah Zabidah Syed Mohammad Al-Jamalullail berkata, anak-anak ini begitu teruja untuk sama-sama menyertai program ini.

"Sebelum ini, kami hanya buat di kawasan sekolah sahaja, tetapi apabila anak-anak ini dikhabarkan akan ke masjid, mereka berasa sangat gembira.

"Hampir setiap hari bertanya mereka akan bertanya kepada saya mengenai program ini dan dapat lihat keterujaan mereka mengenainya," katanya ketika ditemu bual di pekarangan Masjid Tuanku Mizan, hari ini.

Mengulas lanjut, Syarifah Zabidah berharap program seumpamanya ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun mendatang.

"Pengisiannya sangat elok dan bermakna khususnya pada generasi muda.

"Saya juga seronok bila lihat anak-anak tahfiz turut bersemangat dan bersungguh- sungguh nak menyertai program ini.

"Justeru saya amat berterima kasih kepada penganjur kerana berjaya melahirkan program seperti ini," katanya lagi.

Seramai 60 orang daripada Darul Quran a-Syarifah yang hadir hari ini dari umur 7 hingga 16 tahun.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Tarikh 31 Ogos 2017 bersamaan 9 Zulhijjah 1438 Hijrah menjadi detik bermakna apabila bacaan ayat-ayat suci al-Quran berkumandang serentak di seluruh dunia selama satu jam menerusi program World #QuranHour, tahun kedua ia dianjurkan.
  • GOMBAK - Orang ramai mula memenuhi ruangan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi mengikuti penganjuran World #Quran Hour.
  • KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berbilang kaum, pelajar serta rakyat luar negara mencipta sejarah apabila buat julung kalinya mereka berkumpul di Dataran Merdeka, hari ini.
  • SHAH ALAM - Bersempena dengan penganjuran World #QuranHour yang bakal berlangsung esok, sebahagian murid dan guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi turut mengambil bahagian bagi menyemarakkan semangat penganjuran program itu.
  • SHAH ALAM - Kurang 24 jam lagi akan berlangsung program bacaan al-Quran serentak seluruh dunia selama satu jam, World #QuranHour dan jangkauan media sosialnya kini mencecah lebih 300 juta di seluruh dunia.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.