KOTA BHARU - Amanah mendesak 1MDB menjelaskan sumber kewa-ngan yang diperoleh bagi membayar hutang bernilai kira-kira RM1.55 bilion kepada International Oilfield Investment Co (IPIC).

Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu perlu dibuat kerana terdapat dakwaan kemampuan pembayaran itu dibuat sehari selepas delegasi China melawat Malaysia untuk majlis pecah tanah projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

“Kena jelaskan. Dalam pelancaran kos yang disebut antara RM50 bilion hingga RM53 bilion. Ada yang mendakwa kos sebenar lebih murah dan lebihan pembayaran itulah digunakan untuk bayar hutang.

“Penjelasan termasuk kos pinjaman dan bagaimana kerajaan mampu membayar pinjaman ini ketika negara sedang menanggung hutang yang banyak.

"Rakyat pun akan terbeban dan ini mencerobohi hak rakyat,”  katanya semalam.

Terdahulu, beliau merasmikan Konvensyen Amanah Kelantan disertai lebih 150 perwakilan di Wisma Tok Guru, Salor dan turut dihadiri Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah serta Pengerusi Keadilan Kelantan, Abdul Aziz Kadir

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diminta menjelaskan kepada rakyat berhubung bayaran penyelesaiannya sebanyak RM2.4 bilion kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).
  • PUTRAJAYA - Malaysia tidak terhutang budi kepada sesiapa pun dalam isu melunaskan bayaran hutang 1Malaysia Development Bhd’s (1MDB), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
  • KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah membuat pembayaran penuh yang dijadualkan pada tarikh akhir 31 Dis, 2017 kepada International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC).
  • KUALA LUMPUR - Krisis yang melanda 1 Malaysia Develompent Berhad (1MDB) tidak memberi kesan teruk terhadap ekonomi Malaysia.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa tempoh jangka masa bagi melengkapkan proses pengauditan ke atas penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun 2015 dan 2016 masih belum dapat dipastikan berikutan siasatan polis sedang berjalan sehingga kini.