KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar setakat 10 malam ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik menuju ke utara dan selatan dilaporkan terkawal dan lancar.

"Bagaimanapun, terdapat kemalangan di Kilometer 291.5 dari Putra Mahkota menuju South Ville City dekat Bangi kira-kira 9.20 malam menyebabkan lorong kiri terhalang, tetapi keadaan trafik terkawal,” katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.   

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia juga berkata aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah, adalah lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik, atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama