KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan doa selamat bersempena sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 2017/1439 Hijrah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini malam ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada pukul 7.30 malam itu disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha dan beberapa anggota perwakilan asing.

Majlis yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad itu dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1438 Hijrah dan doa awal tahun 1439 Hijrah, sebelum diteruskan dengan solat Maghrib dan diikuti bacaan Yasin, tahlil, doa selamat dan solat Isyak berjamaah. – Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan merasmikan wang kertas peringatan sempena ulang tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM,) di sini hari ini.
  • PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan enam anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 November lalu.
  • KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini mengurniakan watikah pelantikan kepada sembilan ketua perwakilan Malaysia ke luar negara.
  • KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima menghadap Putera Charles, dan isteri baginda, Camilla di Istana Negara.