• Wan Salleh Wan Isa Wan Salleh Wan Isa
1 /

ALOR SETAR - PKR Kedah menyifatkan penggunaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) adalah satu penganiayaan kepada pengguna.

Pengerusinya, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, penggunaan AES bukanlah satu cara untuk mendidik rakyat berdisiplin di jalan raya sebaliknya membebankan rakyat.

Katanya, ia akan memberi kesan dan impak yang besar kepada rakyat di negara ini.

“Kita tak setuju penggunaan AES ini sebab jelas ia satu penganiayaan kepada pengguna.

“Dulu kerajaan dah pasang beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menelan belanja berbilion ringgit. Tapi yang tinggal pada hari ini hanya 46 CCTV sahaja berfungsi,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Salleh berkata, kenapa AES perlu digunakan sedangkan pengambilan keanggotaan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semakin bertambah.

“Mereka boleh letakan anggota polis dan JPJ di setiap kawasan lampu isyarat untuk memerhati tindakan pengguna, ataupun mereka boleh adakan seminar jalan raya dan sebagainya.

“AES ini hanya memberi keuntungan kepada syarikat swasta walhal kita punyai keanggotaan keselamatan yang begitu ramai. Kenapa ia perlu diswastakan pula,” katanya.

Menurutnya, misalnya lampu isyarat rosak atau tidak berfungsi, AES tetap akan meneruskan rakaman.