MALAYSIA memang terkenal dengan rakyat pelbagai bangsa dan dididik dengan semangat perpaduan dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Menghormati perbezaan, meraikan kepelbagaian antara diterapkan dan kini, sekeping gambar tular di media sosial menyentuh hati netizen apabila melihat si gadis menyarungkan selipar dibelinya ke kaki seorang wanita berusia berkaki ayam di NU sentral, di sini.

Menerusi Facebook, Ahmad Adnan, dia berasa amat tersentuh apabila melihat orang tidak dikenali membuat sesuatu kebaikan.

Rakyat Palestin itu sempat merakam momen indah tersebut di mana, gadis itu dengan rela hati membantu wanita dengan menghadiahkan sepasang selipar.

"Ia benar-benar mengajar erti kehidupan dan kasih sayang tanpa mengira kaum.

"Sebagai rakyat Palestin yang menumpang di bumi bertuah Malaysia, ia memberi kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan. Peristiwa ini berlaku di depan mata saya dan lokasi kejadian di NU Sentral Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, netizen menzahirkan rasa terharu melihat tingkah laku si gadis persis si anak menyarungkan selipar buat ibunya sendiri.

"Penuh kasih sayang, tertib lagi sopan berbudi. Saat itu saya berasa teramat bersyukur kerana dalam kehidupan kita yang semakin terhakis naluri nilai-nilai murni, masih ada insan berjiwa murni yang tersedia menabur budi kepada sesiapa sahaja yang layak diberikan bantuan.

"Ia seperti ungkapan, 'meningginya tidak membuang budi, mererendahnya tidak membuang maruah'," katanya.

Malah, rata-rata netizen juga turut berkongsi pengalaman dibantu oleh orang ramai meskipun tidak dikenali.