ALOR GAJAH - Jika dua tahun lalu, abangnya memenangi Pera-duan Rakyat 1Malaysia (PR1M) anjuran Sinar Harian, kini tiba pula giliran adik memenangi Peraduan Hari-Hari Raya.

Meskipun kebetulan itu sedikit mengejutkan Nur Amira Farhana Mohd Najid, 25, namun dia tetap rasa teruja apabila dimaklumkan telah memenangi hadiah RM500 pada pertandingan berkenaan.

Menurutnya, dia hanya mengetahui  kejayaannya apabila dimaklumkan mengenainya oleh bapanya.

“Sebenarnya pihak Sinar Harian telah menelefon dan memaklumkan mengenai kemenangan ini kepada ayah, bukannya saya kerana pada masa tu saya sedang mengajar,” katanya yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung, Gadong, Rembau ketika ditemui di rumahnya di Taman Kebaya, Paya Datuk di sini.

Nur Amira Farhana berkata, kemenangannya itu amat bermakna baginya kerana umat Islam akan  menyambut Syawal.

“Dengan hadiah ini, dapatlah saya membantu menyediakan keperluan hari raya,’ katanya.