SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sebagai pemimpin yang berkomitmen tinggi dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Menurut Abdul Hadi, banyak perubahan positif yang telah diusahakan Adenan dalam memajukan Sarawak.

"Pas hari ini merakamkan takziah di atas pemergian Adenan.

"Saya mendoakan seluruh ahli keluarga Almarhum semoga diberikan kesabaran dan kekuatan menghadapi kehilangan orang yang tersayang," kata Abdul Hadi dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Sarawak di atas kehilangan seorang ketua menteri yang sangat disenangi oleh segenap lapisan masyarakat.

"Saya mendoakan semoga Almarhum diberikan keampunan oleh ALLAH SWT dan ditempatkan  bersama orang-orang yang soleh dan bertaqwa," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel disifatkan mencabar kesabaran umat Islam dan mencemarkan kesucian bumi Al-Quds.
  • SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang mengajak umat Islam berfikir dan mengkaji terlebih dahulu dengan bijak, sedar dan insaf sebelum mempercayai mengenai propaganda 'syiah dan Iran'.
  • SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan semua agama yang mempunyai kitab petunjuk mengharamkan arak.
  • SHAH ALAM - Pas menggesa agar agama Islam dipertahankan sebagai agama persekutuan di negara ini di samping memberi keadilan kepada masyarakat bukan Islam berkonsepkan masyarakat madani.
  • MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan perlakuan terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar adalah di luar batas kemanusiaan.