KEMAMAN - Sebanyak 700 buah bot nelayan yang telah dihias cantik bakal menjadi tontonan orang ramai sempena program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 yang akan bermula pada hari ini hingga Sabtu ini di Pantai Kuala Kerteh.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kemasik, Abdul Ghani Ismail berkata, kesemua nelayan yang mengambil bahagian telah siap menghias bot masing-masing mengikut kreativiti bagi merebut hadiah pertandingan bot tercantik berupa tunai RM15,000 bagi juara, RM6,000 naib juara dan RM3,000 tempat ketiga.

Menurutnya, himpunan bot nelayan itu akan menyerikan majlis perasmian program itu yang dijangka dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada jam 9 pagi, Sabtu ini.

"Kesemua peserta akan berarak dari hulu sungai ke muara pantai sejauh kira-kira setengah kilometer. Sebanyak 22 buah bot nelayan laut dalam dari Pahang juga akan turut ambil bahagian.

"Sebelum itu pada hari kedua program, terlebih dahulu sebanyak 220 buah bot akan berarak. Oleh itu kita jemput orang ramai datang beramai-ramai sepanjang program  ini berlangsung," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, antara aktiviti yang akan berlangsung pada hari ini adalah lumba sampan, pertandingan sukan santai nelayan iaitu tebar jala, boling kelapa dan sepak raga bulatan, persembahan band gelombang biru TLDM dan Forum Perdana Ehwal yang menampilkan panel Ustaz Datuk Kazim Elias dan moderator, Datuk Ustaz Badlishah Alauddin.

Lebih istimewa bermula hari ini juga akan diadakan lelongan sebanyak satu tan udang berkualiti (kualiti eksport) dengan harga runtuh.

Menurut Abdul Ghani, ikan kembung celup telung juga akan dijual serendah RM1 seekor sepanjang program berkenaan diadakan.

Katanya, GNN 2017 juga menjadi pentas kepada nelayan untuk mempamerkan kekuatan mereka menerusi program Nelayan Strongest Man GNN dan Pertandingan Badang Laut Nasional.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI BULOH - Pengerusi Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim mengharapkan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk melanjutkan usia nelayan yang menerima bantuan Elaun Sara Hidup kepada 75 tahun berbanding 70 tahun sekarang.
  • SERDANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sumbangan RM30,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) sebagai menghargai usaha petani, penternak dan nelayan.
  • LUMUT - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersedia membantu nelayan yang kediaman mereka terjejas akibat fenomena air pasang besar yang diramal berlaku bulan ini sehingga Disember.
  • DUNGUN - Kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat secara menyeluruh insiden bot karam di Muara Kuala Dungun yang berlaku pada Rabu lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.