KUALA LUMPUR - Seramai 56 orang peserta Persatuan Pengakap Malaysia (PPM) menyertai  Bengkel Pemfailan Standard di sini, Ahad lalu.

Bengkel tersebut diadakan dengan kerjasama Jabatan Arkib Negara Malaysia dan memberi penekanan kepada sistem ‘code fail’ yang lebih efisien dan menyeluruh di seluruh pengakap negeri serta selari dengan kehendak Jabatan Arkib Negara.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mejar Jeneral Datuk Prof Dr Mohd Zin Bidin berkata, PPM kini sedang menaikkan imej kepengakapan PPM di kalangan ahli pengakap dan orang awam.

“Daripada menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berdisiplin, lebih baik  seseorang pengakap itu menyertai pertandingan fotografi pengakap ini dan menjadikan ia persaingan yang sihat, kreatif serta mempunyai niat mahu menang,” katanya.

Beliau berkata demikian di upacara penutup Bengkel Pemfailan Standard PPM, yang diadakan di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.

Hadir sama, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Profil Pengakap), Ahmad Sabri yang juga merupakan Pengarah Bengkel.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Presiden Filipina, Rodrigo Roa Duterte telah menganugerahkan pingat tertinggi iaitu Pingat Ketua Pengakap Filipina kepada Mejar Jeneral Prof Datuk Dr Zin Bidin (B) yang merupakan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) merangkap Ahli Jawatan Kuasa Mesyuarat Persatuan Pengakap Untuk Kerjasama Serantau-ASEAN (ASARC).
  • KUALA LUMPUR - Pergerakan Pengakap Malaysia telah menerima kunjungan daripada Pegawai Eksekutif Pengakap di Ibu Pejabat Pengakap Negara United Kingdom, Matt Hyde, di sini, baru-baru ini.
  • KUALA NERUS - Majlis Pengakap Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengembangkan sayapnya dengan menubuhkan Majlis Pengakap Lebah di peringkat kebangsaaan tidak lama lagi.
  • KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah negara memerlukan pengakap yang berupaya memainkan peranan sebagai medium penyatuan dan perpaduan kaum di peringkat sekolah.