KUALA LUMPUR - Seramai 400 peserta daripada pelbagai pertubuhan media menyertai program 'Media Hunt Umno 2013' sebagai menghargai peranan media dalam membuat liputan perhimpunan agung Umno 2012.
Para peserta yang menaiki 100 kenderaan itu dilepaskan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di Dataran Putra Pusat Dagangan Dunia Putra sebelum menghadapi cabaran berbentuk 'explorace' ke Melaka selama dua hari.
Antara penyertaan paling ramai ialah dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan 84 peserta, diikuti Radio televisyen Malaysia (RTM) dengan 52 peserta.
Ahmad berkata, sepanjang perjalanan ke Melaka peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan berkaitan prinsip perjuangan Umno, dasar-dasar kerajaan serta pengetahuan am dan pemenang akan menerima hadiah RM10,000, tempat kedua RM8,000 dan RM6,000 bagi tempat ketiga.
"Program ini merupakan usaha Umno untuk merapatkan lagi hubungan dengan media tempatan terutama menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi," katanya kepada pemberita sebelum melepaskan peserta.
Beliau berkata, peserta akan singgah di Negeri Sembilan dan diraikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan sebelum menyambung kembali perjalanan ke Melaka pada sebelah petang.
Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 12 Jan di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena Malam Penghargaan Media.- Bernama
400 peserta dari pertubuhan media sertai 'Media Hunt Umno 2013'
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Saiful, Nik Suryani sah suami isteri
- Isteri kesal Azizan dipersenda
- Penangan Adam Adli...
- Saiful Bukhari gentar kali pertama “disoal siasat” keluarga isteri
- Himpunan Suara Rakyat 505 berlangsung aman
- SPR: Gambar 'Black Out' hari mengundi fitnah dan lakonan
- Fadzilah Kamsah mohon maaf
- Fuziah: 'Kerajaan patut terima kasih kepada saya'
- Peniaga mula berniaga di lokasi himpunan
- Aspek undang-undang, kawalan, salah guna media sosial dikaji
- Zahid: 133,000 MyKad hilang dalam tempoh 3 bulan
- Cadangan istilah Bahasa Malaysia ditukar ke Bahasa Melayu
- Pintu belum tertutup untuk Azmin pulang
- Lahad Datu: Sambung tempur selepas PRU13?
- Wanita Umno mahu Anwar ambil tahu pembangunan di Pulau Pinang
- 4 kapal Tentera Laut India berlabuh di Perlabuhan Klang
- SKMM: Suspek hina Sultan Terengganu dalam Facebook ditahan
- Kedah sedia laksana AES
- Kaji skim, gred gaji anggota penjara
- Cadang suruhanjaya baru teliti persempadanan semula




