BALING - Memeluk Islam di hadapan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sekitar 1986 adalah kenangan terindah buat 50 keluarga Orang Asli Ken Sieu dari Kampung Lubuk Legong, di sini.

Tok Batin, Razali Kulim berkata, Almarhum baginda individu pertama mengislamkan masyarakat Orang Asli di kampung tersebut.

Katanya, pengalaman manis lebih 30 tahun itu masih diingati hingga hari ini.

“Bawah khemah sekitar jam 11.30 pagi di kampung inilah, baginda mengislamkan kami termasuk saya yang waktu tu masih belasan tahun,” ujarnya.

Katanya,  Almarhum sentiasa ambil berat permasalahan masyarakat Orang Asli Ken Sieu.

“Baginda melalui pegawai istana atau penghulu mukim selalu bertanya khabar termasuk beri bantuan makanan,” ujarnya.

Katanya, Almarhum selalu berpesan agar berpegang teguh dengan ajaran Islam.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merafak sembah tahniah kepada Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah atas pengisytiharan baginda sebagai Sultan Kedah yang baharu hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Mungkin ramai yang akan mengingati Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah kerana baginda dua kali dinobat sebagai Yang Di-Pertuan Agong.
  • ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara individu yang rapat dengan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, kerana saling mengenali sejak dibangku persekolahan.
  • ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar, Tan Sri Sanusi Junid mengimbas kenangan ketika mentadbir Kedah, di mana dua keputusan penting dilakukan setelah mendapat perkenan Almarhum Tuanku Abdul Halim.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.