Tawaran menarik nombor pendaftaran GIM di Sinar Automart
$entry.content.caption.value

SHAH ALAM – Sinar Automart menjemput orang ramai mengunjungi pekarangan kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini, hari ini kerana pelbagai program menarik dan tawaran istimewa menanti mereka.

Penasihat Eksekutif Jualan dan Pemasaran Sinar Harian, Zulhafle Jalil berkata, sempena minggu ketiga, Sinar Automart bermula jam 9 pagi hingga 2 petang akan mempamerkan 30 vespa daripada Komuniti Vespa dan pelbagai jenis kenderaan baru dan terpakai dijual untuk tatapan pengunjung.

"Selain itu, 100 individu pertama yang mengiklankan kenderaan mereka akan memperoleh tapak percuma untuk mempamerkan kenderaan manakala lima pembeli pertama kenderaan di Sinar Automart pula akan diberikan minyak pelincir Hyrax," katanya.

Menurutnya, sebelum ini pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya kereta antik berkualiti tinggi, diubah suai dengan enjin turbo dan kereta yang pernah membuat persembahan pada Saturday Night Fever di Sepang serta teksi London.

Orang ramai dijemput hadir dan mereka yang berminat untuk menyertai Sinar Automart boleh menghubungi Zulkhafle menerusi talian 019-2195877, Azliza 0192297220 dan Azli 0197071474.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.