KUALA LUMPUR - Kes diabetes terus meningkat di negara ini dengan anggaran kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia kini menghidap penyakit itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kira-kira 1.8 juta lagi rakyat Malaysia mungkin ada diabetes tetapi mereka tidak menyedarinya kerana tidak pernah menjalani saringan kesihatan.

Melalui saringan yang tetap dan berkala, penyakit diabetes boleh dikesan pada peringkat awal dan rawatan optima boleh diberikan, katanya dalam kenyataan sempena Hari Diabetes Dunia.

“Ini akan mengurangkan risiko komplikasi akibat diabetes dan membolehkan pesakit diabetes menjalani kehidupan yang normal,” katanya.

Beliau berkata peningkatan tahap kesedaran orang ramai terhadap penyakit itu, risiko penyakit dan kepentingan saringan kesihatan diharap dapat mengubah tingkah laku rakyat Malaysia dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit itu.

Ia seterusnya akan mengurangkan risiko kematian pramatang akibat dari komplikasi diabetes, katanya. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Penyakit anjing gila atau rabies yang menular di Sarawak kini berada dalam keadaan terkawal dengan tiada laporan kes baharu yang dicatatkan.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan berkata bekalan vaksin rabies adalah mencukupi kerana masih terdapat 6,000 simpanan vaksin yang belum digunakan daripada keseluruhan 8,000 vaksin yang disediakan.
  • KUALA LUMPUR - Pembangunan pesat sekolah Tamil di seluruh negara bukti komitmen kerajaan dalam memastikan kualiti pendidikan sekolah berkenaan berada pada tahap tertinggi, sekali gus mengubah persepsi masyarakat terhadap sistem pendidikan tersebut.
  • PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat farmaseutikal dari Mesir dalam usaha untuk menghasilkan penawar bagi penyakit hepatitis C dengan harga yang berpatutan, kata Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.