COX'S BAZAR - BANGLADESH. Kira-kira 200 penempatan baharu sedang dalam pembinaan di  Village of Hope iaitu pusat penempatan pelarian Rohingya dikendalikan menerui Tabung SINAR4ROHINGYA kelolaan akhbar Sinar Harian.

Penempatan baharu itu dibina di enam bukit sekitar kem pelarian Balukhali di Ukhiya, Cox's Bazar, Bangladesh.

Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Ir Jamulidin Elias berkata, sebanyak 200 penempatan itu boleh memuatkan 1,250 pelarian yang semakin hari semakin bertambah.

Shelter baharu dididirikan di sekitar bukit dalam kawasan kem pelarian ini.

"Setiap hari jumlah pelarian semakin bertambah pembinaan shelter masih dibina setiap hari. Kita juga bina tangga bagi memudahkan wanita, warga emas dan kanak-kanak terutama ketika musim hujan seperti sekarang ini.

"Jika tahun lalu, kita bina penempatan di lima bukit dan pada bulan ini sebuah lagi bukit diterokai untuk pembinaan penempatan, ini menunjukkan masih ramai pelarian akan datang ke sini," katanya.

Buluh dan lalang kering digunakan sebagai meterial pembinaan shelter.

Buat rakyat Malaysia, tugas kita belum selesai. Teruskan menyumbang di Tabung SINAR4ROHINYA menerusi akaun Maybank (503033634355) Sinar Karangkraf Sdn Bhd.