KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah membuat pembayaran penuh yang dijadualkan pada tarikh akhir 31 Dis, 2017 kepada International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC).

Dalam satu kenyataan hari ini, 1MDB berkata, pembayaran itu adalah tertakluk kepada Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC.

“Pembayaran itu menggunakan dana hasil program rasionalisasi secara berterusan," katanya. - Bernama