KUALA LUMPUR - Seramai 1.9 juta pekerja swasta berumur 40 tahun ke atas dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) layak mendapat saringan kesihatan percuma mulai Januari 2013, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata ia bertujuan mengenal pasti mereka yang berisiko mendapat penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, pemeriksaan kolesterol serta membolehkan ujian saringan untuk kanser prostat bagi lelaki serta 'pap smear' dan mamogram untuk wanita.
"Apa yang diperiksa akan ditentukan satu jawatankuasa perunding terdiri daripada pakar-pakar perubatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat antara Perkeso dan Majlis Perubatan Malaysia di sini hari ini.
Subramaniam berkata saringan kesihatan itu hanya perlu dilakukan sekali sahaja dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh Perkeso.
Program saringan kesihatan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 Sept lepas untuk memastikan golongan pekerja itu sentiasa sihat dan produktif.
Beliau berkata buat permulaan, Perkeso memperuntukkan RM200 juta untuk melaksanakan program itu, dan RM20 juta untuk tahun-tahun seterusnya.
"Antara 140,000 dan 150,000 pekerja layak mendapat manfaat daripada program ini setiap tahun," katanya.
Saringan kesihatan itu akan dijalankan di 2,719 klinik swasta yang menjadi panel Perkeso dengan menggunakan baucar khas yang akan diberi kepada majikan, kata beliau.
Bagaimanapun, Subramaniam berkata bagi lokasi yang tidak mempunyai klinik panel seperti di kawasan pedalaman, saringan boleh dijalankan di klinik kesihatan terdekat.
"Bagi klinik yang bukan panel Perkeso tetapi berminat menyertai program ini, mereka boleh berdaftar dengan kita (Perkeso) supaya pekerja lebih mudah cari klinik," katanya. - Bernama
1.9 juta pencarum Perkeso layak saringan kesihatan percuma
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Gred gaji bakal diselaras
- NGO : Himpunan Sabtu ini bukan untuk guling kerajaan
- AirAsia perjelas isu halang pulang
- Tahan Adam Adli, adakah BN takut?
- Kakitangan awam dapat satu kenaikan gaji tahunan
- Fadzilah Kamsah mohon maaf
- Pintu belum tertutup untuk Azmin pulang
- Najib serius naik taraf hidup masyarakat India
- GST Idris Jala bercanggah kadar Kementerian Kewangan
- Menteri: Ramai muflis jika harga kereta turun seperti disaran Pakatan
- Cuepacs mahu kakitangan awam sabar, tunggu pengumuman akhir tahun
- Fuziah: 'Kerajaan patut terima kasih kepada saya'
- LHDN: Individu pendapatan bercukai bawah RM5,000 bebas cukai
- Rakyat perlu boikot
- Imigresen sedang laksana pembaharuan pasport Malaysia
- Polis KL nafi gari Adam Adli dalam lokap
- Zahid: Dalang ceroboh Lahad Datu tidak didedah
- Kronologi pencerobohan di Lahad Datu
- Rokok elektronik: Lantik farmasi, pengamal perubatan sah
- Akta pantau pusat kecantikan digubal




