SETIAUSAHA Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dilantik Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) baharu menggantikan Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Abdul Puhat menang tanpa bertanding selepas 16 badan gabungan persatuan bola sepak di negeri itu memilih beliau sebagai presiden baharu bagi tempoh 2015 hingga 2018.

Jawatan Timbalan Presiden Pafa pula disandang Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang juga menang tanpa bertanding.

Sementara itu, tiga jawatan naib presiden diisi Datuk Rasidi Ibrahim, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad dan Datuk G Irudianathan yang menang selepas bertanding selepas diumumkan dalam Kongres Tahunan Pafa Ke-57 di sini, semalam.

Pada 26 Ogos lalu, Zainol Fadzi membuat keputusan untuk tidak mempertahan jawatan Presiden Pafa yang disandang sejak lima tahun. - Bernama