Now PlayingMohon siasat kenyataan Ketua MIC Gopeng

Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Botani, M Manimaran 38 menggesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap kenyataan audio dipercayai milik ketua MIC Bahagian Gopeng yang dipercayai mempunyai unsur hasutan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Difahamkan, kenyataan audio berkenaan yang telah pun tular di laman sosial khususnya pada aplikasi WhatsApp itu antara lain mengatakan Tun M telah menghancurkan kemajuan kaum India, tidak berbuat apa pun untuk kaum India dan pada usia sebegini tidak seharusnya terlibat dengan politik. Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) juga diminta untuk menyiasat kenyataan daripada beberapa ketua MIC Bahagian Gopeng berhubung kenyataan ketua MIC Bahagian yang mengatakan dalam tempoh tiga bulan, BN akan menawan Perak semula. Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Perak, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Kongsi berita ini:
BACK TO TOP
Dapatkan berita
Sinar Harian
setiap hari di email anda.
Sign Up
TENTANG KAMI
KERJAYA
PELABUR
SYARAT & PENAFIAN
SITEMAP
HUBUNGI KAMI
APPS
RSS
KLASSIFIED
© 2012 All Rights Reserved • Karangkraf Media Group
© 2012 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf