Now PlayingJanji seorang abang

“Selagi ada kudrat dan nyawa, saya akan jaga dan sayang mereka.” Kata itu cukup menggambarkan betapa kasihnya seorang abang, Mohammad Khirul Nizam Yahaya,27, terhadap tiga adiknya yang mengalami kurang upaya akibat penyakit saraf sejak hampir tiga tahun lalu.

Ketika ditemui di kediaman mereka di Kampung Tualang Sekah, Malim Nawar, Muhammad Iqrar, 26, hilang upaya untuk berjalan dan hanya boleh merangkak; Muhammad Badrul Idaham, 24, pula meskipun mampu berjalan namun masih memerlukan pemerhatian ketika menguruskan diri sementara adik bongsu, Muhammad Firdaus, 21, kini hanya mampu terlantar.

Tanggungjawab menjaga dan menguruskan keperluan harian diambil alih oleh Mohammad Khirul bersama abang dan seorang lagi adik perempuan, Nur Athirah, 22, sejak kematian ayah, tiga tahun lalu, ibu mereka terlebih dahulu dijemput Ilahi 10 tahun lalu, akibat strok.

Mereka yang ingin tampil menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Mohammad Khirul Nizam Yahaya 158369002615 atau menghubungi ditalian 013-4368010.

Laporan MOJO Sinar Harian Perak, Normawati Adnan.

Kongsi berita ini:
BACK TO TOP
Dapatkan berita
Sinar Harian
setiap hari di email anda.
Sign Up
TENTANG KAMI
KERJAYA
PELABUR
SYARAT & PENAFIAN
SITEMAP
HUBUNGI KAMI
APPS
RSS
KLASSIFIED
© 2012 All Rights Reserved • Karangkraf Media Group
© 2012 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf