PEKAN - Seorang lelaki maut apabila keretanya berlanggar dengan bas ekspres di Jalan Paloh Hinai dekat Kampung Arung, di sini, petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3 petang itu, seorang penumpang kereta cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Wan Samsul Effendi  Wan Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.06 petang sebelum enam anggota bersama sebuah jentera ke lokasi untuk bantuan.

Menurutnya, anggotanya tiba di lokasi jam 3.45 petang mendapati pemandu dan penumpang wanita tersepit dalam kereta.

“Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dan pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,”katanya.

Wan Samsul Effendi berkata, pemandu bas difahamkan tidak cedera dan ketika kemalangan, bas berkenaan tanpa penumpang.