SKUAD Tok Gajah berpesta gol sekaligus meraih tiga mata penuh apabila melakar kemenangan bergaya 5-0 ke atas T-Team dalam aksi Liga Super 2017 di Stadium Darul Makmur di sini sebentar tadi.

Meraih gol pembukaan tuan rumah hasil jaringan penyerang kelahiran Gambia Mohamadou Sumareh pada m-13.

Menamatkan separuh babak pertama permainan dengan kedudukan satu gol ke atas lawan,Pahang mendapat gol kedua hasil tandukan pemain import Brazil Matheus Alves Leandro.

Derita lawan terus berganda apabila pemain pertahanan kelahiran Korea Selatan Jaewon Heo melakar gol ketiga tuan rumah.

Tuan rumah terus tampil garang dengan gol keempat Alves yang juga gol kedua peribadinya dalam perlawanan itu.

Pahang terus mengganas dengan gol kelima hasil rembatan deras pemain kelahiran Amerika Syarikat Chinedu Bright Ezendu pada m-84 dan kedudukan kekal hingga ke wisel penamat.