Sukan

Terengganu berguru di Thailand

PASUKAN sepak takraw Terengganu rancak menjalani latihan di Bangkok sebagai persiapan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Kuantan, Jun ini.

Pengerusi Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali berkata, latihan 18 pemain dalam skuad itu bermula 14 Februari lalu dan berakhir Ahad ini.
 
“Kita perlu banyak belajar dari Thailand kerana mereka mempunyai ramai pemain bertaraf dunia,” katanya yang turut mensasarkan dua pingat emas dalam acara berpasukan dan beregu. 
 
“Tujuan mereka berlatih di Bangkok ialah untuk memberi pendedahan serta mempelajari teknik permainan khususnya servis,” katanya.
 
Mohd Shapian berkata, prestasi pemain-pemain Terengganu yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan Thailand, Vittayabontal menunjukkan pres­tasi yang memberangsangkan sejak menjalani latihan di Bangkok.
 
Mengulas lanjut katanya, lapan pemain Sukma lalu masih boleh mewakili Terengganu dalam temasya kali ini.

Syarat & Penafian | Pengiklanan | Hubungi Kami
Resolusi terbaik pada 1024 x 768
©2012 | Hakcipta Terpelihara Grup Digital Karangkraf