KUALA LUMPUR - Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) akan menganjurkan Kejohanan Sukan Siber Asia Dunia 2012 iaitu festival e-sukan terbesar dunia, bersama-sama dengan World Cyber Games Malaysia National Final 2012, di sini pada 7-9 September.
   
Dijangka menarik lebih daripada 600 pemain Malaysia seluruh negara, acara itu bertujuan mengumpul para pemain dari seluruh dunia dan bertindak sebagai platform kepada mereka untuk saling mengenali, bertukar-tukar idea dan strategi dan pada masa yang sama mempamerkan kepakaran masing-masing, kata pengerusi PIKOM  Woon Tai Hai hari ini.
   
PIKOM, yang mewakili teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia telah berganding bahu dengan rakan seluruh dunia World Cyber Games, Samsung Electronics, untuk menganjurkan acara itu.
   
Acara tiga hari itu akan melibatkan pasukan dan individu bertarung untuk menang dan mewakili negara di peringkat Asia dan acara kemuncaknya di Kunshan, China, mulai 29 November hingga 2 Disember tahun ini.
   
Malaysia, juara bertahan World Cyber Games Asian selepas menundukkan sembilan negara lain tahun lepas, termasuk China, Korea South Korea, Thailand, Indonesia dan Singapura akan mempertahankan kejuaraan itu.
   
"Acara World Cyber Games Asian Championship akan mengetengahkan tiga acara rasmi iaitu DOTA 2, FIFA12 dan Tekken 6, sementara acara-acara World CYber Games Malaysia National Final 2012 akan mengetengahkan DOTA 2, FIFA12, Tekken 6, Counter Strike-Online, World of Tanks, Starcraft 2 dan Counter Strike Global Offensive."
   
Pertandingan itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 16-25 tahun.
   
Kesemua 10 negara yang mengambil bahagian tahun lepas juga akan bertanding dalam World Cyber Games Asian Championship 2012.
   
Kedua-dua acara The World Cyber Games Asian Championship dan World Cyber Games Malaysia National Final 2012 akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bersempena dengan bulan ICT kebangsaan pada bulan September.
   
Maklumat selanjutnya boleh didapati daripada www.wcg.com. -Bernama