KUALA LUMPUR - T-Best Events Sdn Bhd, yang merupakan pengurus acara Siri Jelajah Match Racing Dunia Alpari (AWMRT) bagi siri terakhir di Piala Monsun hari ini mengumumkan jemputan kepada pasukan Australia yang terbaik di Regata Antarabangsa Warren Jones Australia 2012 sebagai wild card Asia ke Piala Monsun nanti.

David Gilmour dan pasukannya Team Gilmour amat gembira dengan berita ini. “Cool! – saya telah dua tahun mencuba nasib untuk menyertai Piala Monsun di mana saya telah pergi ke Terengganu untuk menyertai Kelayakan Match Racing peringkat Asia, walaupun berjaya memasuki peringkat akhir namun gagal juga ke acara itu. Namun kemenangan di Warren Jones Regata 2012 kali ini begitu besar ganjarannya”, kata Gilmour apabila dihubungi di Perth.

David yang tidak asing dengan perlumbaan match racing sebelum ini muncul naib juara di Regata Warren Jones 2011 dan 2012 juga merupakan anak kepada juara dunia Siri Jelajah Match Racing empat kali dan dua kali juara Piala Monsun, Dato’ Peter Gilmour. “Dunia pelayaran kini hangat dengan kemunculan pelayar-pelayar muda seperti David. Saya pasti apabila kami berlumba ianya seperti perlumbaan antara pengalaman dan darah muda! Katanya yang bangga dengan kejayaan keluarganya dalam sukan pelayaran.

Skip Lissiman, Pengerusi Regata Belia Antarabangsa Warren Jones berkata “Regata Antarabangsa Warren Jones telah menjadi tapak untuk pelayar-pelayar muda menceburi Siri Jelajah Match Racing Dunia Alpari sejak beberapa tahun yang lalu dimana pemenang dan finalis seperti Adam Minoprio (NZL), Torvar Mirsky (AUS), Phil Robertson (NZL), Will Tiller (NZL), Keith Swinton (AUS) and Laurie Jury (NZL) yang kini telah mencipta nama di Siri tersebut.

Saya yakin David Gilmour dan pasukannya akan berjaya menumpaskan nama-nama besar tahun ini di Piala Monsun, mungkin juga mampu mengalahkan bapanya!” kata Lissiman.

Regata Antarabangsa Warren Jones 2012 telah beelangsung di Royal Freshwater Bay Yacht Club pada awal Februari tahun ini menggunakan kapal layar Foundation 36 sama seperti di Piala Monsun. Jemputan hanya kepada skipper dan krew muda berumur 25 tahun ke bawah. Sepanjang 10 tahun pemenang acara ini telah berasal dari Australia dan New Zealand.

Piala Monsun akan mempamerkan pelumba terbaik dunia termasuk 8 pasukan teratas carta AWMRT, pemenang Malaysian Match Racing Circuit (28-30 Nov), kemasukan wild card Match Racing Asia (David Gilmour) dan dua lagi wild card yang akan dipilih oleh pengurus acara. Digelar sebagai pelayaran F1, acara sukan mega ini bermula pada 3 – 8 Disember bertempat di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

2012 Alpari World Match Racing Tour Calendar:

Date / Event / Location / Winner

1) May 23 – 28 / Match Race Germany / Langenargen, Germany / Phil Robertson,
WAKA Racing

2) May 29 – June 3 / Korea Match Cup / Gyeonggi, South Korea / Bjorn Hansen,
Mekonomen Sailing

3) July 2 – 7 / Match Cup Sweden / Marstrand, Sweden / Bjorn Hansen, Mekonomen
Sailing

4) July 10 – 15 / Chicago Match Cup / Chicago, USA / Ian Williams, Team GAC
Pindar

5) Aug 28 – Sep 2 / St. Moritz Match Race / St. Moritz, Switzerland / Keith
Swinton, Black Swan Racing

6) Sep 24 – 29 / Match Race France / Marseille, France / Ian Williams, Team GAC
Pindar

7) Oct 1 – 7 / Argo Group Gold Cup / Hamilton, Bermuda / Taylor Canfield,
Canfield Racing

8) Dec 4 – 9 / Monsoon Cup / K.Terengganu, Malaysia


2012 Tour Card Holders:

Johnie Berntsson / Berntsson Sailing Team / Sweden

Simone Ferrarese / Ferrarese Racing Team / Italy

Peter Gilmour / YANMAR Racing / Australia

Bjorn Hansen / Mekonomen Sailing Team / Sweden

Laurie Jury / Zoke Kiwi Match / New Zealand

Pierre-Antoine Morvan / Extreme Team Morbihan / France

Phil Robertson / WAKA Racing / New Zealand

Keith Swinton / Black Swan Racing / Australia

Ian Williams / GAC Pindar / UK


About the Alpari World Match Racing Tour:

The Alpari World Match Racing Tour (WMRT) is the leading professional sailing series featuring nine World Championship events across the globe, sanctioned by the International Sailing Federation (ISAF) with “Special Event” status.

The World Tour awards over US$1.75million in prize money with points awarded at each event culminating in the crowning of the “ISAF Match Racing World Champion”.

The prize fund includes a US$500,000 overall prize pool for the top nine teams in the Championship. Events take place in identically supplied racing yachts to place the focus on team work and skill. Racing takes place close to the shore so that spectators and fans can follow the racing in a virtual on-the-water stadium.

Media and television highlights coverage reaches in excess of 183 countries around the world. For more information, visit www.wmrt.com

About Alpari:

With a history dating back to 1998, the Alpari companies are among the world's fastest growing providers of online Forex trading services. The companies provide cutting edge technology, low-cost trading, comprehensive market research tools, advanced educational programmes and world-class customer service. The association of Alpari companies has offices in over 20 countries. Locations include London, New York, Tokyo, Shanghai, Dubai, Moscow, Mumbai and Frankfurt.

Combined, the companies look after over 170,000 active trading accounts, generating monthly trading volumes in excess of USD210 billion and employ over 630 people worldwide.*

About T-Best Events Sdn. Bhd.

T-Best Events is best known for organising the Monsoon Cup, the finale of the World Match Racing Tour, a professional sailing series featuring nine World Championship events across the globe. The event management company’s main focus is to promote sailing and yacht racing events that are of international standard to promote and develop the sport. Their projects include MOTOUR Tourism Cup, Heritage Bay Cup, Coronation Cup, Monsoon Sailing School, Monsoon Sailing Experience, EPIC Youth Sailing Programme, Asian Match Racing Championship and Malaysian Match Racing Championship.

Facebook Group name – Monsoon Cup Malaysia
http://www.facebook.com/pages/Monsoon-Cup-Malaysia/52504271389?ref=s

Twitter Profile name – MonsoonCup
http://twitter.com/monsooncup


SUMBER: T-Best Events Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI:
Nama  : Mira Navaretna
Tel   : +603 7954 2204 (o)
Mob   : +6016 338 5341 (m)
E-mel : mira@tbest.com.my
Laman Web : www.monsooncup.com.my

Nama: Rahyu Waris
Tel  : +603 7954 2204
Mob  : +6012 3544 941

- Bernama