PASUKAN berstatus kelab dari selatan tanah air, Johor FC kini di bawah pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan bakal menggunakan nama Johor bagi saingan Liga Super musim depan, lapor MOHD FIRDAUS YON

Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, inisiatif meletakkan Johor FC di bawah pengurusan PBNJ bersama Johor FA akan memudahkannya mengurus dan pantau aliran dana dan perkembangan pasukan.

“Status Johor FC tetap sama cuma kita merombak pengurusan sedia ada,” katanya.

Tunku Ismail berkata, tujuan mengambil alih pengurusan Johor FC juga adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah dari segi pembayaran gaji kepada pemain, jurulatih dan staf.

Fandi Ahmad akan menjadi ketua jurulatih kepada pasukan Johor FC atau dikenali sebagai Johor pada tahun depan, manakala Johor FA pula akan dikendalikan oleh Azmi Mohamad dan dibantu pembantu jurulatih, Ismail Ibrahim.