KEDAH muncul Juara Piala Belia 2017 selepas berjaya mengatasi Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) 1-0 pada final kedua di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Biarpun keputusan penuh agregat terikat 3-3, namun ia sudah cukup buat Kedah dinobatkan sebagai pemenang menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Jaringan tunggal Ketua Pasukan Kedah, Mohd Asnawi Sorkonain pada minit ke-53 sudah memandai untuk pasukannya menjulang piala tersebut buat pertama kali sejak ia dipertandingkan pada 2008.

Skuad SSMP berusaha bangkit untuk memburu gol penyamaan namun berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan tuan rumah.

Keputusan final pertama 3-2 yang dimiliki oleh SSMP gagal dipertahankan oleh mereka apabila tuan rumah berjaya menyerang dan bertahan sebagai satu unit sehingga wisel penamat.