PUTRAJAYA - Syarikat-syarikat Malaysia dengan kelebihan dalam sektor pembinaan, perumahan awam, penjanaan kuasa, perlombongan serta produk dan makanan halal berminat untuk meneroka peluang-peluang pelaburan di Tajikistan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
    
Najib berkata, syarikat-syarikat akan berjaya di republik bekas Soviet itu, dan menambah syarikat penjanaan tenaga Malaysia merancang untuk meneroka ke dalam perniagaan penjanaan tenaga di sana, yang menandakan permulaan bagi banyak kerjasama lagi akan datang.
   
Bercakap pada sidang akhbar bersama di Seri Perdana di sini hari ini bersempena lawatan empat hari Presiden Tajikistan Emomali Sharipovich Rahmon ke Malaysia, Najib berkata Malaysia dan Tajikistan komited untuk mencapai tahap perdagangan dua hala yang lebih tinggi di masa depan.
   
"Terdapat banyak skop bagi kita untuk mencapai tahap yang lebih tinggi daripada kerjasama antara kedua-dua komuniti perniagaan kedua-dua negara," kata beliau.
   
Perdagangan dua hala antara kedua-dua negara berkembang hampir 200 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada US$5.5 juta pada 2013, kata beliau. - Bernama