KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Hari terakhir Dewan Rakyat kecoh hari ini, apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad diserang di perkarangan Parlimen disini.

Khalid yang baru tiba di Parlimen diserang ketika keluar dari kereta oleh sekumpulan individu.

Difahamkan serangan itu berlaku ekoran daripada kenyataan Khalid yang menggelarkan Timbalan Menteri, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan gelaran  'sial' dalam sidang dewan, Isnin  lalu. 

"Ini baru permulaan, ini anak Pasir Salak,", jerit salah seorang individu itu kepada Khalid.

Kekecohan bagaimanapun berjaya dikawal oleh pasukan keselamatan Parlimen yang meleraikan insiden berkenaan.

Khalid kemudiannya dilihat berjaya memasuki Dewan Rakyat dengan diiringi oleh pasukan keselamatan Parlimen.