Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Amar Mohd Azizi cedera terkena tembakan ketika anggota polis berpangkat Sarjan itu sedang mengosongkan pistol automatik jenis P99 Walther, di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan.
   
Kanak-kanak itu, bagaimanapun selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru itu pada 20 Oktober lepas.
    
Sementara itu, Paramasivam berkata seorang lelaki ditahan kerana menjual mercun dan bunga api tanpa permit di kawasan Little India di sini, semalam.
    
Katanya, suspek telah dibawa ke balai untuk dirakam percakapannya sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. - Bernama