GEORGETOWN - Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib, 62, diserang angin ahmar Khamis lalu namun keadaannya kini stabil.

Anaknya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda Pas  Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, bapanya kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini dan berada dalam keadaan stabil namun masih dalam pemerhatian doktor.

Menurutnya, bapanya diserang angin ahmar ketika menunaikan solat dhuha di rumahnya di Baling, Kedah.

"Bapa saya kini stabil malah menunjukkan perkembangan yang memberansangkan. Dia hanya mengalami 'minor strok',dan alhamdulillah, semalam (kelmarin) dia dipindahkan dari wad Unit Rawatan Rapi Kardiologi (CCU) ke wad biasa.

"Keadaannya bertambah baik berikutan kedua-dua tangan dan kakinya sebelum ini tidak dapat digerakkan sudah beransur pulih," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.


* Laporan lanjut di Sinar Harian esok