KOTA BHARU - Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Taman Hidayah, Kubang Kerian di sini petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu disedari oleh jiran berdekatan, Abdul Rahim Hamid,  yang ternampak api marak dari bahagian ruang tamu dan terus menghubungi bomba.

“Melihatkan keadaan itu, saya terus memanggil jiran-jiran keluar dari rumah untuk mendapatkan bantuan. Lagipun tuan rumah tiada memandangkan dia mempunyai urusan di Kuala Lumpur.

“Kami tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan api begitu marak dan angin bertiup kencang, mujurlah bomba cepat tiba dan dapat mengawal kebakaran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mazlan Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3.53 petang.

“Api dapat dikawal kira-kira 18 minit kemudian dengan kekuatan 15 anggota dan dua jentera. “Kerugian setakat ini dianggarkan bernilai RM600,000 dan punca kejadian masih disiasat.