PERSOALAN mengenai bagaimana kondisi telur ayam mentah tatkala dipecahkan di dasar laut akhirnya terjawab apabila seorang pengkaji menjalankan eksperimen itu, bagi mendapatkan jawapannya.

Memetik laporan LiveScience, seorang pengkaji yang mengenakan pakaian renang serta lengkap dengan  peralatan menyelam telah membawa sebiji telur dan pisau ke dasar laut.

Telur ayam mentah yang dibawa kemudian dipecahkan menggunakan pisau secara perlahan.

Setelah telur dipecahkan, ternyata putih dan kuning telur tidak berpisah. Mereka tetap 'melekat' dan tidak terpecah dengan air laut.

Berdasarkan keterangan video, tekanan air yang berlaku di dasar laut berkenaan dipercayai  telah  melindungi putih dan kuning telur daripada 'berpisah'.

Video yang disiarkan sejak beberapa tahun lalu  telah ditonton oleh hampir 5 juta orang.