KUALA LUMPUR - Pemuda MCA hari ini menyelar Pakatan Rakyat (PR) kerana mengamalkan sikap berat sebelah terhadap soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Duyong Gan Tian Loo pada sidang Dewan Undangan Negeri Melaka semalam.
Dipetik Bernama, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata anggota pakatan pembangkang jelas berpegang kepada kepercayaan bahawa hanya mereka dibenarkan membangkitkan sebarang isu atau masalah.
Tetapi apabila wujud khabar angin yang tidak memihak kepada mereka, mereka akan melemparkan teori konspirasi dalam cubaan untuk mengelak daripada menjawab soalan itu, katanya.
"Betty Chew ialah Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Laksamana dan bukan hanya sebagai isteri Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau boleh memilih untuk menyangkal atau menjelaskan atau memilih untuk menjawab atau tidak menjawab soalan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tindakan wakil rakyat DAP yang menuduh MCA melakukan konspirasi di luar sidang dewan dan keluar dewan telah merumitkan lagi isu itu.
Chai berkata, wakil rakyat kerajaan dan pembangkang bertanggungjawab mengemukakan soalan berhubung pelbagai isu pada persidangan dewan atau di Parlimen.
Katanya, dari semasa ke semasa, wakil pembangkang daripada pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen akan bertanya kepada wakil Barisan Nasional untuk menjelaskan khabar angin tertentu, menyatakan ini adalah sebahagian amalan demokrasi dan ketelusan.
Lima Adun Melaka wakil DAP - Chew (Kota Laksamana), Goh Leong San (Kesidang), Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh), Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Lim Jak Wong (Bachang) - digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan kerana ingkar dan mencetuskan kekecohan pada persidangan dewan hari ini. - Bernama
PR berat sebelah, kata Pemuda MCA
Tarikh: July 4, 2012
Artikel Berkaitan
- BN kaji fail petisyen keputusan PRU13
- PKR akan fail 27 petisyen terhadap keputusan PRU13
- Gerakan cari formula baru
- MIC masih relevan sebagai komponen BN
- Soi Lek: Jumpa saya jika sayang parti
- Abu Zahar gesa Karpal hormat Perlembagaan
- Mesyuarat CC MCA esok tentukan status Tee Siew
- Mahkamah benar permohonan penghakiman ingkar terhadap Pas
- Keputusan sabotaj Umno PRU13 minggu depan
- PR ramal BN bakal berpecah
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.