SHAH ALAM - Sinar Automart menyediakan tawaran istimewa iaitu mendapat ruang pameran percuma untuk mempamerkan kenderaan kepada 100 individu terawal yang mendaftar di program itu, 12 Februari ini.

Penasihat Eksekutif Pengiklanan dan Pemasaran Sinar Harian, Zulkhafle Jalil berkata, mereka boleh mendaftar secara percuma untuk menyertai pameran itu yang diadakan bermula jam 9 pagi hingga 2 petang di parkir Kompleks Media Karangkraf.

Menurutnya, pameran itu istimewa kerana­ mempunyai kelas tersendiri apabila pengunjung dapat melihat pelbagai jenis kenderaan baru dan lama yang dipamerkan.

“Mereka berpeluang melihat pelbagai model yang jarang dilihat,” katanya.

Zulkhafle berkata, pada Ahad nanti, pengunjung berpeluang melihat kereta yang di gunakan untuk bertanding di Saturday Night Fever (SNF) di Litar Sepang,” katanya.

Beliau berkata, walaupun ia baru dianjurkan, sambutan menggalakkan dan penyertaan peserta dan kenderaan meningkat.

Menurutnya, Sinar Automart diadakan untuk memberi ruang kepada pengiklan­ menambah nilai perkhidmatan memasarkan kenderaan secara lebih berkesan.

“Mereka perlu melanggan iklan serendah RM106 bagi tiga keluaran iaitu Jumaat hingga Ahad dan melayakkan mereka mendapat ruang pameran pada hari pameran nanti,” katanya.

Kepada yang berminat, boleh menghubungi Zulkhafle 019-2195877, Azliza 019-2297220 dan Azli 019-7071474.