|
|
|
|
|
Nasional
MTUC: Gaji minimum harus libat semua syarikat
Oleh:
Tarikh: February 22, 2012 KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata majikan harus melihat kepada perspektif yang lebih luas dan secara lebih positif dalam isu kadar gaji minimum di negara ini. Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor berkata, pelaksanaan gaji minimum bila diluluskan kelak tidak seharusnya hanya melibatkan syarikat besar sahaja kerana jika ia dibuat demikian akan menjejaskan matlamat dasar berkenaan.
"Saya rasa majikan harus mempunyai keyakinan terhadap gaji minimum ini. Kita mahukan satu integrasi nasional dalam soal gaji minimum ini melibatkan semua majikan.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) yang meminta supaya kerajaan memberi pengecualian kepada syarikat-syarikat kecil, yang mempunyai kurang daripada 10 pekerja, dikecualikan dalam pelaksanaan Pengarah Eksekutif MEF, Shamsudin Barhan dipetik sebagai berkata ini bagi mengelakkan syarikat kecil daripada memberhentikan pekerja akibat syarikat menanggung beban kewangan yang tinggi. Abdul Halim menjelaskan pelaksanaan gaji minimum yang selaras akan dapat mengurangkan migrasi dalaman negara, justeru membantu mengurangkan masalah lain seperti kemiskinan bandar. Pelaksanaan gaji minimum antara RM800 dan RM1,000 sebulan untuk semua pekerja di Malaysia mampu membantu meningkatkan caruman pekerja swasta dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka, katanya. "Selain itu, saya percaya pelaksanaan gaji minimum akan meningkatkan produktiviti pekerja dan secara langsung, ini juga menguntungkan majikan," katanya. Abdul Halim berkata, kertas cadangan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) kini telah dihantar untuk pertimbangan Jemaah Menteri. Keputusan hasil rundingan MPGN dijangka diumumkan bulan depan. - Bernama |
|
|
|
Syarat & Penafian |
Pengiklanan |
Hubungi Kami
Resolusi terbaik pada 1024 x 768 ©2012 | Hakcipta Terpelihara Grup Digital Karangkraf |