KUALA LUMPUR - Datuk Farida Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) akan menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa semalam.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan sedang menimbang dan meneliti calon yang layak dan sesuai bagi jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan di sini hari ini mengenai jawatan tersebut yang kosong berikutan perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 57, sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan semalam.
Ali turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti Abu Bakar sepanjang 35 tahun perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam. -- Bernama
Farida Mohd Ali pangku jawatan KP Perkhidmatan Awam
Tarikh: July 2, 2012
Artikel Berkaitan
- Ku Nan gesa segera laksana pembangunan landskap
- Nazri gesa rakyat Malaysia jadikan TMM 2014 acara berjaya
- Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia di Dataran Merdeka
- Malaysia bincang mengenai STI dengan OECD
- Malaysia seru pihak berkonflik buang sifat ekstrem
- KPWKM syor suspek kes rogol bawah umur dikenakan tindakan undang-undang
- Paul Low letak jawatan Presiden TI-M
- Pemilihan Presiden : Palanivel sangkal wujud resolusi 'tiada pertandingan"
- Tian Chua, Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar dibebas
- Palanivel mahu unit hal ehwal India di bawah MIC, bukan Hindraf
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.