KUALA LUMPUR - Pendaftaran calon persendirian untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2013 dibuka dari 1 hingga 31 Mac ini.

Lembaga Peperiksaan dalam kenyataan hari ini berkata pendaftaran perlu dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri terdekat.
   
Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di www.moe.gov.my/lp.
   
"Calon diingatkan supaya mematuhi tarikh yang ditetapkan kerana permohonan lewat tidak akan dilayan," kata kenyataan itu. - Bernama