KUALA LUMPUR - Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini menyumbang sembilan van jenazah dan van serbaguna bernilai RM693,000 kepada lima masjid dan empat NGO.
Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zukri Samat berkata penerima sumbangan tersebut dibuat berdasarkan permohonan mereka yang menepati kriteria ditetapkan Bank Islam.
“Bank Islam memberi keutamaan kepada masjid yang terletak di kawasan pendalaman dan jaraknya berjauhan dari tanah perkuburan," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan di sini hari ini.
Zukri menyerahkan replika kunci van jenazah kepada lima masjid terbabit iaitu Masjid At-Taufiq, Kulim, Kedah; Masjid An-Nur, Gemas, Negeri Sembilan; Masjid Nurul Hidayah, Kuala Langat, Selangor; Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor; dan Masjid Jaya Gading, Kuantan, Pahang.
Empat NGO yang menerima sumbangan van serbaguna ialah Pusat Jagaan Nur Hasanah, Beranang, Selangor; Pusat Jagaan Orang Tua Siti Nor Aini, Semenyih, Selangor; Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi, Kuala Nerang, Kedah; dan Pusat Dalam Komuniti Seri Murni, Sungai Siput, Perak.
- Bernama
Bank Islam sumbang sembilan van kepada masjid, NGO
Tarikh: July 3, 2012
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.