SELEPAS Ikhwan mengundur diri sebagai penyampai radio Kool FM dua tahun lalu, kini kerjaya seninya diurus oleh isterinya, Ayu.

Kerjaya artis yang diuruskan oleh isteri atau suami bukanlah kali pertama dapat kita dengar dan baca.

Antara artis yang diurus oleh pasangannya seperti pelakon Shah Iskandar, Wawa Zainal dan Nad Zainal serta ramai lagi.

Ayu atau nama lengkapnya Noor Idayu Mohd Shari, ketika dihubungi Sinar Harian, berkata, sebagai isteri dia lebih memahami dan mengetahui apa yang terbaik buat suaminya.

"Sebagai isteri lebih faham apa yang suami kita mahukan. Lagi pun dalam bab kerja kena profesional.

"Masa kerja suami seorang yang sangat mendengar kata. Jadi, saya cuba plan hala tuju kerja dia, namun keputusan terletak di tangannya," ujarnya.

Ikhwan

 

Tambah Ayu lagi, hubungan mereka lebih akrab.

"Kerja berdua ini juga lebih mengeratkan lagi hubungan sebagai suami dan isteri.

"Justeru, tidak ada istilah cemburu ataupun kongkong sebab kami bina hidup dan masa depan bersama," akhirinya.

Ikhwan selamat disatukan dengan Ayu pada 7 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Aiira Orked yang kini memasuki usia yang ke 10 bulan.

Sebelum bernikah dengan Ikhwan, Ayu ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki, Mohd Isaac Iman, 11.