PELAKON cantik, Neelofa memberitahu bahawa dia bakal dilantik menjadi duta bagi aplikasi LINE yang kini sedang hangat digunakan oleh pemilik telefon pintar di seluruh dunia.

Difahamkan, pelantikan itu adalah kali pertama yang melibatkan selebriti tempatan di mana sebelum ini, aktor dan penyanyi bertaraf antarabangsa, Choi Siwon (Siwon) dipilih sebagai dutanya.

Bagaimanapun, majlis pelantikan ini dikhabarkan akan diadakan dalam masa terdekat dan pada masa yang sama iklan komersial yang menampilkan Neelofa untuk LINE akan disiarkan di televisyen, Billboard dan sebagainya.  

Bagi perkembangan lain, Neelofa juga bakal muncul menerusi Kecoh Pengacara Beraya di mana ia turut menampilkan beberapa pengacara lain seperti Fara Fauzana, Scha Al-Yahya, Amyza Adnan, Zizan Razak, Awal Ashaari, Faizal Ismail serta Kamal Adli.