Menggantikan Terlanjur Cinta bermula 8 Januari, setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam, di TV9, drama arahan Raja Ahmad Alauddin, ini diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta.

Bersiaran selam 14 episod, Dalam Setiap Sujud, menampilkan Nur Fathia, Azlee Khairi dan Keith Foo sebagai pelakon utama. Kemunculan istimewa Keith Foo, pelakon dan model yang popular di Indonesia dalam drama ini, pastinya akan meninggalkan impak tersendiri di hati peminatnya.

Membawakan watak Hendra yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogyakarta. Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihat kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya, Ilah.

Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) untuk menjadi isteri anaknya, Fareez (Azlee Khairi).

Malangnya, Fareez sudah ada pilihan sendiri iaitu, Zulaikha (Elfaeza UI Haq). Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan setaraf dengannya. Atas desakan ibunya, Fareez terpaksa berkahwin dengan Jannah, namun dia berjanji akan membuatkan Jannah terseksa.

Saksikan kesudahannya Dalam Setiap Sujud ini di TV9.