SEKUMPULAN saintis Barat sekali lagi mengorak langkah apabila berjaya mencipta implan gigi manusia daripada sel tikus.

Ketua penyelidikan, Profesor Paul Sharpe berkata, pihaknya berharap ujian berkenaan mampu menggantikan gigi palsu yang bersifat sementara.

"Gigi yang dihasilkan melalui gumpalan embrio tikus ini mampu menjadi gigi kekal dengan cara benihnya ditanam di dalam geraham pesakit," katanya dipetik dari MailOnline.

Hasil kajian awal menunjukkan struktur binaan gigi buatan kekal ini mengandungi dentin dan enamel yang amat kuat," katanya dalam Jurnal Kajian Pergigian Antarabangsa.

Tambah beliau, hasil kajian awal juga mendapati gabungan sel tikus yang membentuk gigi dalam geraham manusia adalah selamat untuk diguna pakai.