JITRA, - Seorang bapa yang bakal menimbang cahaya mata keempat didenda RM5,000 kerana memiliki mercun tanpa kebenaran setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jitra, di sini, semalam. Majistret Nor Azah Idris menerima pengakuan salah tanpa syarat dan menjatuhkan hukuman itu dan jika gagal, boleh dipenjara sehingga enam bulan.
Mohd Rushidi Bidin, 28, didakwa memiliki pelbagai jenis mercun, antaranya 40 bungkusan mercun bola, 61 bungkusan bunga api Sun, 30 bungkusan Magic Boom, 20 bungkusan Thunder Clap Rockets, 40 bungkusan Four Colorfull Flower, 30 bungkusan mercun ketupat dan 10 biji Patt Chayhung Craker.
Kesalahan itu dilakukan di sekatan jalan raya pintu A Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) Bukit Kayu Hitam, kira-kira jam 8.40 malam pada 4 Julai lalu.
Mohd Rushidi boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh yang memakai kemeja T tidak dapat menahan sebak dan menangis apabila melihat isterinya yang sarat mengandung sewaktu majistret menjatuhkan hukuman terhadapnya.
Peguamnya, Shanishah Hashim memohon hukuman diringankan kerana menanggung tiga anak dan isteri yang sarat mengandung. “Ini adalah kesalahan pertama dan dia tidak mempunyai kerja tetap,” katanya.
Lelaki didenda RM5,000 miliki mercun
Tarikh: July 10, 2012
Artikel Berkaitan
- 16 pasangan pengantin lama dirai
- Dua beranak terselamat daripada kebakaran
- Bekalkan baju pantulan cahaya kepada petugas PRU
- Tergamam diserbu
- 25 pasukan berentap dalam Liga Kubang Pasu
- Peniaga Nat Tok Jalai mahu hak berniaga dikembalikan
- Fasa kedua bantuan BR1M 2.0 di Kedah 19 Mac
- Tukar baucar buku dengan wang
- Ikan patin bawa tuah RM50,000
- Tuntutan ganti rugi tak dilayan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.