KULIM - Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun ditahan kerana berpelesiran di sekitar kawasan perumahan, kira-kira jam 12.30 pagi, semalam.
Dia ditahan anggota polis bersama anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela), yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah di sekitar Taman Selasih di sini.
Ketua Balai Polis Kulim, Asisten Superintendan Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, ini merupakan kali kedua kanakkanak itu ditahan dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, ketika disoal siasat kanak-kanak itu mengaku melakukan perbuatan pecah rumah bersama dua kenalan lain yang lebih dewasa Kanak-kanak itu dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut.
Menurut kanak-kanak itu, dia bersama rakannya akan merayau di kawasan perumahan kira-kira jam 7.30 malam.
“Apabila rumah sudah dikenal pasti, mereka akan pergi ke bahagian belakang rumah untuk masuk ke dalam rumah mangsa,” katanya.
Katanya, antara barangan berharga yang diambil dari rumah mangsa adalah seperti barang kemas, duit tunai dan barangan berharga lain.
“Saya tidak masuk ke dalam rumah, tetapi hanya duduk di luar untuk memerhati sekiranya perbuatan kami itu diketahui orang. “Kawan saya akan menggunakan 'jek' kereta untuk merenggangkan jeriji tingkap bagi memudahkan mereka asuk ke dalam rumah.
“Mereka masuk tidak lama hanya lima minit, sebelum melarikan barangan yang dicuri. Barang berharga kemudiannya akan dijual,” katanya.
Kanak-kanak ditahan terlibat kes jenayah pecah rumah
Tarikh: July 10, 2012
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.